Archive for My Blogging Life

Royal Belum World Drum Festival 2012

Assalammualaikum ♥, Hari ini hati berbunga-bunga. Sebab esok last day bekerja untuk minggu ni lah kan. hehehe.

Weekend yang bakal tiba ni apa aktiviti anda semua? Kalau tiada aktiviti, jom ikut saya ke Negeri Perak Darul Ridzwan. Sempena tahun melawat Perak pada tahun ini iaitu 2012, Kerajaan Negeri Perak mengadakan Royal Belum World Drum Festival 2012 yang berlangsung dari 21 Februari 2012 hingga 26 Februari 2012. Masuk adalah PERCUMA. Jom datang beramai-ramai. Jumpa anda disana. :)

Royal Belum World Drum Festival 2012 Schedule Programme :

- Pocket Show (Mini Show)-
21 Feb 2012 : Taiping Sentral Mall – 8pm
22 Feb 2012 : Dataran Putra, Lumut – 8.45pm
23 Feb 2012 : Laman Budaya, Kuala Kangsar – 4pm

- Gala Night -
25 Feb 2012 : MBI City Square – 8.45pm
26 Feb 2012 : Gerik Airstrip (Lapangan Terbang Gerik) – 8.45pm

Admission FREE.

ROYAL BELUM - WORLD DRUMS FESTIVAL 2012

Saya akan bertolak dari Sri Pentas Bandar Utama pada hari Sabtu jam 1 pm bersama rakan media yang lain. Berada di Perak selama 3 hari 2 malam. Jika ternampak tegur-tegurlah.

Apa yang perlu saya beli sebagai souvenir orang KL semasa di Ipoh,Perak? Selain dari Limau Bali! Hehehe.

Untuk lebih info sila cekidout;

Website : www.royalbelumworlddrumfest.com / www.malaysiaworlddrums.com
Facebook : Royal Belum World Drums Festival 2012
Twitter : @RoyalBelumWDF

xoxo!

Program Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

Program Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

Vyrec sekali lagi melalui hebahan maklumat tentang program-program belia seluruh Malaysia kini ingin mempromosikan satu program bual bicara bersama pemimpin tercinta kita iaitu YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad atau lebih dikenali sebagai Che Det. Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu selama 22 tahun dan beliau akan berkongsi segala pengalaman bersama anda semua terutama dalam bidang kepimpinan.

Sehubungan itu, Kementerian Belia Dan Sukan akan menganjurkan Program Bicara Minda Bersama YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad khas buat para belia. Program ini terbuka kepada semua belia berumur 18-40 tahun.

Maklumat program adalah seperti berikut:

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT)

TEMPAT : DEWAN TUN DR. ISMAIL, PWTC, KUALA LUMPUR

MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG

PAKAIAN : FORMAL

Memandangkan Program bermula jam 8.30pg, kena keluar rumah dalam jam 6.30 pg. Nak naik public transport, mudah sikit. hehehe. Jumpa anda semua disana.

Untuk maklumat lanjut sila hubunggi pegawai berikut:
CIK NURUL ADIBAH – 017-4191190
EN. MOD NADZRI – 013-3479063 / modnadzri@kbs.gov.my
EN.ASRUL – 03-88713294 / asrulabu@kbs.gov.my
CIK MARCELLA – 012-6746640 / marcella@kbs.gov.my

Kepada semua yang menjadikan beliau sebagai Idola dan Ikon dalam hidup anda, pasti tidak mahu melepaskan peluang duduk dan bersama-sama menjana minda untuk menjadi seseorang dan mungkin pemimpin yang lebih baik di masa hadapan. Penyertaan adalah TERHAD kepada 1000 orang sahaja.

FIRST COME FIRST SERVE!

Update 23/2/2012 5:14PM – Aturcara Program

Aturcara Program Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad

xoxo!

Contest comel dari Nuffnang – The Lorax

Hi,

lama dah tak join contest, merajuk dengan nuffnang. Wuwuwuwu!

Sekali check website Nuffnang ada contest tiket wayang. Lokasi memang dah bagus dah. Hehehe.

Date: 2 March 2012 (Friday)
Time: 9.15pm
Venue: GSC Mid Valley

Kalau korang nak dapat tiket wayang free. Cekidout http://www.nuffnang.com.my/blog/2012/02/22/nuffnang-premiere-screening-the-lorax/

xoxo!

Flaming Steamboat Buffet Danau Kota, Setapak Branch

Assalammualaikum semua,

Sekarang musim gaji kan? Apa kata kita sebagai anak-anak ni pergi belanja mak makan steamboat. Hehehe. Beberapa hari lepas mak saya bg hint teringin makan steamboat di Sunway. Kerana rakan-rakan dia cakap yang Flaming Steamboat Buffet di Sunway makan selama 2 jam limit dan anda boleh makan apa sahaja! Lebih dari 150 hidangan dan free flow air. Kalau dua jam cukup ke masa? Lebih dari cukup kot. So hari ni saya menunaikan hasrat mak yang mengidam steamboat.

Lokasi Flaming Steamboat Buffet Setapak Branch

No. 66-0 & 68-0,
Platinum Walk,
No2, Jalan Langkawi,
Danau Kota,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur

Paling senang untuk anda semua tahu adalah lokasi uptown Danau Kota tu. Memang dekat je jarak nya. :)

GPS Coordinate : 3.206815, 101.718995

Flaming Steamboat Buffet

Flaming Steamboat Buffet

Flaming Steamboat Buffet

Flaming Steamboat Buffet
Pinggan saya!

Flaming Steamboat Buffet
Saiful Naim dan mak saya sememangnya kekenyangan tahap dewa! hehe.

Di Branch setapak anda boleh makan selama mana. Dari segi hidangan sama sahaja di branch yang lain. Menyediakan lebih dari 150 jenis makanan untuk anda steam kan, atau yang sedia boleh dimakan seperti nugget, meehun, nasi goreng, ais krim dan free flow air.!

Rate harga untuk dewasa adalah RM 26.90 dan bagi kanak-kanak berumur dari 4 – 10 tahun adalah RM 9.90.

Enquiries & Reservations:
Sunway – 03-5633 6820
Setapak – 017-7077 300
Shah Alam (Sek33) – 012-7003 771
Business Hours: 5pm – 12midnight Everyday.

Jom ke website http://www.flamingsteamboat.com/ untuk lebih info.

xoxo!

Emak ku dah bertunang, Aku bila lagi?

Salam 1 Malaysia semua,

Entry ini bukanlah kontroversi ingin saya cipta, tapi ingin memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t. Ajal, jodoh dan cara pertemuan semua adalah kerja Allah s.w.t tanpa kita sedari. Dalam kehidupan ini kita kena Lillahitaala. Kerana semuanya kerana Allah s.w.t.

Mak E Day

24 Jan 2012 yang lepas jam 3 pm rombongan meminang emak saya tiba. Persiapan majlis seperti biasa dengan bantuan anak sulong emak iaitu saya, dibantu oleh tenaga lelaki iaitu Naim. Sementara emak memasak untuk menyiapkan hidangan makanan. Kami susun atur kedudukan kabinet rumah. Sampai hilang semua kami simpan di store. hehehe. Memandangkan hidangan disediakan oleh mak saya, so no doubt la kan. Emak saya memang terror masak! Delicious!

Mak E Day

Mak E Day
Group Photo. Peace yo!

Mak E Day
Dari kiri – Makteh saya, Saya dan Mak saya. hehehe.

Saya gembira dengan apa yang telah diatur oleh Allah s.w.t

xoxo!

Jom ke Malaysia Social Media Week (MSMW)

Hi,

Adakah anda seorang yang active di laman sosial atau bekerja sebagai Social Media Executive? Sama ada freelance atau full time dimana-mana agency, sudah semestinya anda ingin menambah ilmu dan mengetahui lebih banyak perkara di dalam Social Media. Even anda sudah berkarier di Social Media, setiap saat ada sahaja perkara baru akan dikongsikan melalui twitter, website dan etc. Pastikan anda tidak terlepas kesemua info itu, kerana jika anda ketinggalan.. anda tidak dipanggil sebagai social media geek. :)

Sebelum ini saya bekerja di Agensi Separa Kerajaan sebagai Social Media Executive dan setiap masa saya update diri saya untuk pengetahuan terkini di dunia. Jangan ingat info di Malaysia sahaja anda perlu tahu. Social Media melibatkan keseluruhan aspek. :)

Saya diangkat untuk bekerja sepenuh masa kerana sebelum saya bekerja saya adalah freelance social media dan blogger. Mungkin pengalaman itu dinginkan kerana jika tiada pengalaman sebegitu, bagaiman syarikat ingin training new candidate. Kerana kebanyakan yang berada di syarikat2 untuk masa ini adalah veteran yang tidak menggunakan medium social media untuk bahan promosi mahupun berinteraksi dengan pelanggan. :)

Peluang kerjaya Social Media sememangnya luas. :)

Malaysia Social Media Week 2012

Mengenai Malaysia Social Media Week (MSMW)

Malaysia Social Media Week (MSMW) is a national Event connecting people, content and conversations around emerging trends in social and mobile media. Delivered through a network of creative conferences and streamed online through social media, SMW reaches an extensive network of people including C-level executives, entrepreneurs, journalists, bloggers, brand managers, social media strategists, students, artists, activists and the technology/media specialist), connecting and communicating ideas and experiences to advance our understanding of social media’s role in society.

Social Media Week brings hundreds of thousands of people together through learning experiences that aim to advance our understanding of social media’s role in society.

TARGET AUDIENCE
C-level executives
Entrepreneurs
Journalist
Bloggers
Brand Managers
Social media strategists
Students
Artists
Technology / Media specialist

Malaysia Social Media Week akan berlangsung di PWTC pada 13 February – 17 February 2012.

OBJECTIVE
Build Meaningful Relationships through SIMPLE approaches
MEASUREABLE Public Relations and Awareness benchmarks
Building ACHIEVABLE people centric missions and goals
Establish trust and drive REALISTIC end results
Approaching and addressing Gen Y issues in a TIMELY manner
Infusing EDUCATIONAL values AND
Increase visibility and be REACHABLE to the mass

BENEFITS
Get the Message across Faster – and expand to More people
Improve Branding
Impactful effect on market positioning and brand acceptance
Social Media is Cost Effective
It can increase your popularity and recognition
It gives you quick access to a lot of people globally
It’s a great way to build communities and connect with people
You can find out what others think of you and your community
Listen to opinions and re-act instantly
Conduct Market Research
Strengthen the voice of the people to address specific issues
Pitch in a More Human & Interactive Way by means of networking
Emphasize importance of your opinion and seek support

Tips ke Conference:
1. Jadilah Friendly 100% kerana anda berjumpa bermacam ragam manusia yang penuh dengan ilmu! Don’t let yourself down ok!
2. Bawa namecard beberapa kotak dan pass kepada kenalan baru anda. Kerana dalam masa 5 minit kita sudah berkongsi banyak ilmu, mana mungkin mereka ingat ejaan nama anda. :)

Lawati laman web http://socialmediaweek.com.my untuk lebih info
Follow Twitter @msmw_2012
Like Facebook http://www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek

Saya juga telah dicalongkan di Social Media Awards 2012 di dalam Category Lifestyle. Cara-cara untuk vote boleh lihat disini Best Lifestyle Blog of The Year. Vote anda menentukan perjalanan blog saya dimasa akan datang. Undian dilanjutkan sehingga 6 Feb 2012

xoxo!

Mawi, @Shuib04, Jep Sepah di ADA EXIST STUDIO

Assalammualaikum semua,

Malam tadi saya berkesempatan untuk mengikuti cara rakaman lagu dilakukan di ADA EXIST STUDIO di Bandar Sri Damansara. Terima kasih diatas jemputan Pihak Universal Music Malaysia yang memberi kesempatan kepada saya untuk melihat cara artis tanah air kita bertungkus lumus membuat rakaman lagu.

Walaupun lirik telah tersedia, tempo dan penghayatan lagu amat susah untuk memberi impak “sedap”. Kalau lagu tidak sedap, nanti tiada peminat yang suka. Jadi, sebagai penyanyi mereka wajib menyanyi dengan sebaik mungkin.

Semasa di Studio, En Mawi World pun ada. Wah.. bertambah teruja saya dengan kehadiran beliau. Berapa ramai peminat beliau yang dapat berjumpa dia tanpa kawalan ketat dari pihak astro? Alhamdulillah saya dapat berjumpa, passing name card dan bergambar sekali. Yahoo!

Lagu terkini Sepahtu masih tidak bertajuk lagi. Nantikan kemunculannya ya.

Nak bagi lagi havoc, saya share beberapa gambar semasa di studio.

Mawi, Shuib, Jep Sepah di ADA EXIST STUDIO
Othman Mahmood – Penerbit daripada Sheikh Qalam Records bersama Shuib dan Mawi

Along di ADA EXIST STUDIO
Ingat lagi Along Exist? atau GNOLA? Beliau lah pemilik studio recording ADA EXIST. Beliau sedang dengar lagu yang dinyanyikan oleh Shuib dan Jep.

Shuib di ADA EXIST STUDIO
Bergambar bersama Shuib Sepah. :)

Jep Sepah di ADA EXIST STUDIO
Bergambar bersama Jep Sepah

Mawi di ADA EXIST STUDIO
Bergambar bersama Mawi World!

Last but not least. Gambar Mawi terkini dan sensasi. :p

Mawi

Okay, semoga industri seni tanahair terus terbang lebih tinggi.

Untuk gambar lebih banyak lagi, sila ke FB fan page saya di Rabiatul Adawiyah | LifeStyle Blogger dan LIKE terlebih dahulu.

xoxo!

WordPress SEO