Archive for Beauty

LOréal Paris True Match Rollon Foundation

Assalammualaikum semua

Saya memang suka update waktu malam-malam macam ni. Masa inilah idea mencurah-curah. Hehehe.

Saya nak share dengan you all mengenai produk kecantikan iaitu LOréal Paris True Match Rollon Foundation. Foundation unik yang didatangkan khas dengan roll on sponge sememangnya ini adalah kali pertama saya melihat dan kini memilikinya!

LOréal Paris True Match Rollon Foundation

Jika anda masih tidak dapat membayangkan bagaimana cara menggunakan LOréal Paris True Match Rollon Foundation, sila tonton video dibawah dengan teliti! cewah macam cari bahan risikan je. hehehe.

Sangat mudahkan penggunaan LOréal Paris True Match Rollon Foundation? Manja2 je sapuan di pipi. hehehe.

LOréal Paris True Match Rollon Foundation

LOréal Paris True Match Rollon Foundation didatangkan dengan enam (6) shades. Beautician Loreal membantu saya untuk mencari warna yang sesuai, mereka mengatakan bahawa kulit saya seakan-akan Golden-Golden gitu. So dapatlah Golden Beige W3 tu.

Loreal-True-Match-Foundation-Shades

Jika anda perasan warnanya seakan gelap kan? Saya pada mulanya menolak warna gelap-gelap macam ni. Tapi bila dah pakai sesuai le pula. hehehe.

LOréal Paris True Match Rollon Foundation

LOréal Paris True Match Rollon Foundation

Lihat roll yang comel ni. Ringan dan mudah diaplikasikan. :)

LOréal Paris True Match Rollon Foundation

Selesai belek-belek cover dan tonton video, sesi mencuba pula. hehehe. Roll on sahaja pelan-pelan dan sapu ke wajah anda yang gebu tu ya. :)

LOréal Paris True Match Rollon Foundation
Sewaktu sedang roll on ke wajah. lihatlah dunia muka ku yang gebuz! Roll On kasi rata dan selesai semudah ABC!

LOréal Paris True Match Rollon Foundation
Roll On disebelah kiri wajahku. Hehehe. Nikmatnya dunia apabila tidak perlu tenyeh-tenyeh muka.

LOréal Paris True Match Rollon Foundation
Tadaaa.. dah siap. cantik tak?? ♥ ♥ ♥ ♥
LOréal Paris True Match Rollon Foundation

LOréal Paris True Match Rollon Foundation recommended retail price is RM 76.90 at all L’Oréal Paris counters nationwide.

xoxo!

El Marino Untuk Kesempurnaan Kulit Dari Dalam

Bermula dari umur 25 tahun, penghasilan kolagen akan menyusut sebanyak 15% setiap tahun. Pada umur anda 40 tahun, susutan penghasilan kolagen menyusut setinggi 30% dan diikuti pada umur 60 tahun keatas kadar susutan kolagen setinggi 50%!

Tahukah anda bahawa Kolagen dan Elastin merupakan bahan utama di lapisan DERMIS? Apakah maksud Elastin dan Kolagen? Kedua-dua bahan utama kulit kita terletak di lapisan dermis yang memberi ketegangan, kepadatan serta kekenyalan kulit. Kolagen adalah “Jala Penyokong” dan Elastin adalah “Spring”.

dermis skin layers
Contoh gambar lapisan kulit kita.

Pakar kecantikan mendapati bahawa Sinaran UV + Penuaan akan mengaktifkan Enzim Kolagenis dan Elastas lantas mempercepatkan pemusnahan Kolagen dan Elastin dalam kulit kita. So, apakah punca utama kulit tidak bermaya, berjerawat, parut lambat baik dan penuaan? Punca utama adalah dari dalaman badan kita sendiri.

Kebanyakan Produk Nutrikosmetik di pasaran hanya menambahkan kolagen tetapi tidak mampu menyekat enzim kolagenis yang memusnahkan kolagen. Hanya menambahkan kolagen tetapi tidak mampu menyekat enzim kolagenis yang memusnahkan kolagen.


Memperkenalkan EL MARINO, Gabungan 2 jenis teknologi canggih dari Perancis:

VIQUA Aktif Buah Delima dengan ADS + Collactive Peptida Kolagen dan Elastin Terhidrolisi : Mencipta Lagenda Antipenuaan.

El Marino

Untuk kesan antipenuaan secara menyeluruh, kita memerlukan Produk Nutrikosmetik 3 dalam 1 yang berkesan dengan:
1. Menyekat Aktiviti Enzim Perosak Kolagen dan Elastin iaitu Kolagenis dan Elastas
2. Mempercepatkan Penghasilan Kolagen dan Elastin Baru
3. Menggantikan Kehilangan Kolagen dan Elastin

Kandungan Antioksidan Sistem Penghantaran Nano ADS Aktif Buah Delima (Polyphonel)

40 Kali ganda lebih tinggi daripada Jus Delima yang biasa
7 Kali ganda lebih tinggi daripada teh hijau.

El Marino berjaya Menyekat Enzim Elastas dan Kolegenis. Ia juga mempercepatkan penghasilan Kolagen dan Elastin Baru dengan menurunkan Kadar Oksidasi Sel dengan berkesan setinggi 75%!

Kesan-kesan selepas 4 minggu pengambilan EL-Marino :D

1. 100% Pengurangan ketara pada garis halus dan kedutan

2. 85% Peningkatan ketara pada kehalusan kulit
3. 78% Peningkatan ketara pada kelembapan kulit
4. 52% Pencerahan ketara pada bintik hitam

Testimoni El Marino

El Marino

Ini adalah carta pengambilan El Marino mengikut umur. Saya berumur 25 tahun, jadi 2 sachet satu hari. :)

El Marino

Harga sekotak El-Marino seperti berikut;

El Marino (15 sachet)

Retail Price:
WM- RM 118.00
EM- RM 120.00

VIP Price:
WM- RM 99.00
EM- RM 102.00

El Marino (30 sachet)

Retail Price:
WM- RM 223.00
EM- RM 228.00

VIP Price:
WM- RM 188.00
EM- RM 193.00

Untuk lebih penjimatan dapatkan El Marino dengan harga promosi seperti berikut.

(Semenanjung Malaysia)
2 kotak El Marino (30s x 2) dan percuma Elysyle Body Basics Cream : RM 446 (Non VIP), RM 376 (Ahli VIP)
(Sabah & Sarawak)
2 kotak El Marino (30s x 2) dan percuma Elysyle Body Basics Cream : RM 456 (Non VIP), RM 386 (Ahli VIP)

Untuk lebih banyak lagi penjimatan dapatkan set berikut dengan segera!

(Semenanjung Malaysia)
8 kotak El Marino (30s x 8 ) dan percuma lagi 1 kotak El Marino (30s) : RM 1784 (Non VIP), RM 1504 (Ahli VIP)
(Sabah & Sarawak)
8 kotak El Marino (30s x 8 ) dan percuma lagi 1 kotak El Marino (30s) : RM 1824 (Non VIP), RM 1544 (Ahli VIP)

Promosi sehingga

25 February 2012!

Jangan lepaskan peluang!

Untuk menjadi ahli VIP anda hanya perlu membayar

RM 75

sahaja. Kos postage hanya rm 15. Kerana anda akan dapat Goodies Bag dan El Marino yang anda order. :)

Jom cantik bersama-sama. 8)

xoxo

Payudara Mantap Dengan Elysyle DX Lingerie

Hello my lovely readers,

Perkara yang merunsingkan setiap wanita adalah kecantikan bentuk badan dan kulit. Sebagai wanita, saya tahu ada ramai wanita di luar sana yang menghabiskan banyak duit untuk mendapatkan kembali potongan badan ideal atau sememangnya nak kekal langsing no matter what happens!

Pengalaman saya yang menginginkan susuk tubuh langsing sebelum berkenalan dengan baju MAGIC iaitu Elysyle DX Lingerie atau dikenali sebagai DX Lingerie.

Saya sejak remaja sampai sekarang problem utama adalah perut. Berlipat-lipat apabila duduk. Ada kalanya jadi segan nak pergi majlis-majlis formal kerana baju tidak bersesuaian dengan saya. Bayangkan apabila memakai dress yang cantik, perut lg maju terserlah. Sedih! Seumur hidup saya, saya pernah langsing di bahagian perut pada bulan puasa tahun lepas 2011. Semasa saya mejaga arwah Abah saya di hospital.

Boleh dikatakan saya pernah mencuba produk makanan yang popular seperti DURONMINE, JUSMATE5, TEH ORANG KAMPONG, COSWAY FIBER, Lingerie dari AVON, juga pergi slimming centre LONDON WEIGHT MANAGEMENT dan SLIMMING CENTURY. Sebab keinginan sebagai seorang wanita yang inginkan bentuk badan yang ideal dan dalam masa yang saya confident serta cantik di mata masyarakat.

Elysyle DX Lingerie adalah produk pilihan tepat kerana saya sudah memakainya! Walaupun baru sahaja mencuba, ia sememangnya Luar Biasa!

Sebagai wanita yang telah mencuba pelbagai cara untuk melangsingkan badan. Saya sering tertanya-tanya bagaimana ingin melangsingkan perut, paha, lengan tetapi dalam masa yang sama masih ingin mengekalkan bentuk payudara saya. Hihihi. Dulu saya ingatkan payudara saya yang paling cantik, ala-ala artist Holywood yang payudara mereka seperti dibawah

breast example
Ini adalah contoh payudara yang sering remaja inginkan, mengikut trend dan mengikut graviti. Dari remaja sampai ke dewasa membiarkan nipple kanan pandang lengan kanan dan nipple kiri pandang lengan kiri apakah yang terjadi kepada aset seseorang perempuan yang meletakkan harga wang hantaran beribu-ribu ringgit dan hakikatnya tidaklah NICE mana pon.

Seawal usia 12 tahun sehingga akhir hayat kita, “pakaian dalam” menemani wanita lebih dari 60 tahun! Pakaian dalam merupakan lapisan kulit kedua setiap wanita. :)

Bra memainkan peranan penting, masih tidak terlambat untuk membentukkan kembali payudara yang anjal dan cantik kerana DX Lingerie pasti membuatkan anda cantik menawan seperti ini.

DX Lingerie Brassiere
Setiap lemak yang kita ada, tidak kira di belakang badan, dibawah lengan boleh membuatkan payudara yang memakai bra size cup A menjadi cup C atau irregular size juga! Guna pakai lemak tersebut untuk membentuk badan menawan.

Jadilah wanita moden yang berkeyakinan, sihat, jelita dan berdaya penarik dengan memiliki 5 perkara wajib iaitu;
1. Payudara MONTOK
2. Belakang badan yang RATA
3. Pinggang yang RAMPING
4. Punggung yang PEJAL
5. Peha yang LANGSING

Faktor-faktor yang menyebabkan ketidaksempurnaan bentuk badan merangkumi;
1. Daya Graviti – payudara dan punggung sememangnya bahagian yang paling cepat mengendur disebabkan daya graviti kerana ia hanya 100% disokong oleh lemak!

2. Penuaan – penuaan bermula dari awal 25 tahun dan selepas bersalin juga membuatkan ketidaksempurnaan bentuk badan berlaku juga.

3. Postur duduk yang tetap dalam jangka panjang – sebagai contoh jika anda mengangkat telefon di office, badan anda akan membongkok sambil menongkat dagu. contoh lagi satu adalah postur duduk dihadapan pc atau laptop, kebanyakkannya akan sakit tulang belakang di awal usia muda.

4. Tabiat pemakanan dengan kandungan lemak dan protein tinggi – ia mengakibatkan lemak terkumpul di bahagian pinggang

5. Pemakaian pakaian dalam yang tidak sesuai –

DX Lingerie adalah 100% buatan Jepun dan mempunyai 4 keunikan iaitu

1. Reka Bentuk Ergonomik
2. Bahan Buatan Yang Bermutu Tinggi & Rekaan Elegan
3. Kesan Menakjubkan
4. Mutu Terjamin

Reka bentuk ERGONOMIK
Menggunakan pengimbas badan 3 dimensi tubuh manusia. Teknologi pengukur tekanan badan kerana tiap wanita, walau label kurus ke, atau gemok ke, bentuk badan berlainan. Malah ia menggunakan Teknologi Bantuan Computer (CAD) untuk melakar reka bentuk lalu memindahkan menjadi data berkomputer. Pemotongan fabrik juga dilakukan secara Teknologi Pemotongan Automatik (CAM) yang membolehkan pemotongan fabrik dilakukan dalam keadaan laju dan tepat! Setiap set DX Lingerie memerlukan 81 tenaga mahir dan terhasil daripada 156 langkah jahitan! Buatan Jepun, semua guna teknologi tepat, padat dan pekerja mahir!

Setiap 1 set Elysyle DX Lingerie mengandungi;

Elken DX Lingerie

Fungsi setiap helai Elysyle DX Lingerie;

DX Lingerie – Panties
DX Lingerie - Panties

Renda elastik yang mencegah lemak dari melenduh, memberikan keselesaan semasa bergerak dengan rekaan 3 dimensi yang membaluti seluruh punggung dan posisi jahitan yang lebih tinggi untuk mencegah kulit dari melecet. Kebanyakan wanita ada masalah kulit melecet di bahagian celah paha. Jadi jangan segan silu, ada penyelesaiannya.

DX Lingerie – Long Gurdle
DX Lingerie - Long Gurdle

Panel berbentuk pentagon yang berbunga di atas dapat mengempiskan perut anda dan jaringan berfabrik kapas di bahagian celah paha memberikan kesan pengudaraan yang baik. Jika anda menginginkan punggung yang mantap, inilah masanya, kerana net kuasa 3 kali ganda menetapkan lemak, mengekalkan garis punggung yang cantik sambil net kuasa berganda yang lain mengunci lemak paha. :)

DX Lingerie – Waist Nipper
DX Lingerie - Waist Nipper

Keunikan Wraist Nipper DX Lingerie adalah tetulang yang berkualiti tinggi. Bagi saya sebagai orang islam, DX Lingerie tidak menyusahkan saya untuk menunaikan solat. Malah ia lagi memudahkan saya, dulu kalau waktu sedang solat saya sering mengah naik dari rukuk. sekarang rasa selesa, kerana perut telah tiada. satu lagi, waist nipper ini tidak akan bergulung walau apa keadaan anda sekali pun. :D

DX Lingerie – Brassiere
DX Lingerie - Brassiere

Jika dulu kita membeli bra di super market kerana murah dan tidak mengetahui fungsi sebenar. Sekarang dah tahu fungsi bra memainkan peranan sangat BESAR! Saya tidak membeli bra di tempat lain selain Elken. Siapa taknak payudara besar, pejal dan montok mengikut bentuk badan yang ideal? Semua wanita mahukan? Brassiere dari DX Lingerie mencegah pengalihan lemak di payudara ke arah belakang. 1 bra sahaja mempunyai 7 fungsi yang ternyata LUAR BIASA!

DX Lingerie – Body Shaper
DX Lingerie - Body Shaper

Bagi anda yang ada masalah sakit tulang belakang atau tulang membongkok, Body Shaper dapat membantu anda. Selain support tulang belakang, tali bahu yang lebar dapat mengunci lemak debahagian payudara supaya ia kekal mantap!

Bahan Buatan Yang Bermutu Tinggi & Rekaan Elegan
DX Lingerie mempunyai fabrik buatan khas yang terdiri daripada
Nilon yang bertindak Lembut pada kulit
Poliuretane serat elastik yang bersifat kenyal
Egyptian Cotton yang bermutu tinggi membalut serat elastik dan menambahkan keselesaan.

DX Lingerie tidak akan mereput kerana Egyptian Cotton ini material fabrik dari zaman manusia membalut mumia dan jika anda perhatikan, fabrik balutan mumia masih kekal seperti baru.

Rekaan Renda Dinamik menggunakan teknologi tenunan terbaru dari Eropah, menghasilkan renda beralun keemasan yang unggul.

Clematis

Menggunakan corak Bunga Clematis sebagai konsep reka bentuk, yang melambangkan:
- Kecantikan Dalaman
- Sifat Kebangsawanan
- Sifat Keanggunan

Kesan Menakjubkan

Saya pasti anda teruja dengan kesan menakjubkan dari DX Lingerie. Jom layan video DX Lingerie! Lebih jelas dan sangat power! Video dah mantap, takkan DX Lingerie tidak mantap pula kan. Sure mantap sebab saya pun pakai! :D

Elysyle DX Lingerie – Malay Version

Elysyle DX Lingerie – English Version

Mutu Terjamin

Bagi mutu terjamin, saya pasti Lingerie anda tidak memiliki anugerah-anugerah seperti ini. Kerana DX Lingerie adalah buatan teknologi Jepun, tiada tandingannya! Barang berkualiti, customer suka, saya pun suka!

Sijil Sistem Pengurusan Mutu ISO 9001
Pengilang Jepun yang berpengalaman yang ditubuhkan sejak 1979.
Mempunyai 30 tahun pengalaman dalam pengajian & perkembangan.
Kajian bersama universiti terkenal di Jepun iaitu Universiti Toyama!
Mempunyai sijil sistem pengurusan mutu ISO 9001.

Anugerah Reka Cipta Terbaik

Mendapat anugerah reka cipta terbaik daripada “Organisasi Pakaian Dalam Pembentukan Badan Jepun”

Dibawah adalah diantara testimoni yang baru menggunakan DX Lingerie dan yang telah pun berjaya menjadi langsing dengan DX Lingerie;

Testimoni 1 :
testimoni1

Testimoni 2 :

Testimoni 3 :

Testimoni 4 :

Gambar dibawah diambil pada 13 February 2012 di Elken Crown Hall.

Ini adalah gambar terkini saya dan MCCM Josi. Beliau menggunakan DX Lingerie telah berkurun lamanya. Walaupun kesan penggunaan telah dapat membuatkan beliau mendapat bentuk badan idaman, beliau masih memakai DX Lingerie! Walhal beliau baru melahirkan baby beberapa bulan yang lepas. Bentuk badan sememangnya Luar Biasa! Saya pula on the way langsing!

Jika anda berasa pemakaian DX Lingerie payah, sukar dan ambil masa terlalu lama. Tanggapan anda meleset sama sekali. Ianya semudah ABC seperti anda memakai bra dan panties. Nak buang air kecil dan beesar pun senang. Just lipat ke atas Waist Nipper dan turunkan long gurdle dan panties. Senangkan??

Jika anda confident semasa memakai DX Lingerie sewaktu keluar dan sangat-sangat mahu menurunkan berat badan, why not pakai setiap hari?

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan baby dan sedang berpantang. DX Lingerie juga boleh membantu anda untuk berbengkung. Long Gurdle mudah je sarong, tidak ketat sangat sehingga nak melepasi betis and paha pun susah. Hehehe.

DX Lingerie Rabiatul Flyers

Dapatkan pakej istimewa untuk diri anda! Semua orang boleh jadi cantik! Hubungi saya segera!

Cara-caranya :
1) Cash – hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut

2) Credit Card with 0%! – hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut juga

3) Ansuran AEON, anda perlu sediakan;
1. 1 Photostat IC Depan Belakang
2. 1 Pay Slip (1 bulan – latest)
3. Bank statement (1 bulan – latest)untuk Bayaran ansuran (AEON)

4) Easy RHB

Bagi wanita seluruh dunia, dapatkan DX Lingerie segera kerana hanya komitmen RM 186 anda boleh kekal langsing dan saya pasti anda suka!

Hubungi saya di no tel tertera di flyers atau emel pun boleh, bb pin pun boleh. :)

emel : rabiatuladawiyah87@gmail.com
BB Pin : 219CAC8D

xoxo!

Jom ke Sydney, Australia bersama SimplySiti DERMAGIC Beauty Moisturiser

dermagic

Kesibukan rutin harian memang menjadi cabaran dan menyumbang kepada tekanan hidup, ini menjadikan kecantikan unggul sesuatu yang amat sukar untuk dikecapi. Stress akan membuatkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar kerana stress akan menghasilkan molekul-molekul radikal bebas yang dapat merosakkan sel-sel kulit kita terutamanya kolagen dan elastin. Oleh itu, kulit anda akan jadi kusam, lebih banyak kedutan dan kendur.

Alangkah baik sekiranya ada produk kecantikan yang merangkumi keperluan luaran serta dalaman, mampu memberi kecantikan yang seimbang, yang bukan sahaja menyerlahkan kecantikan luaran, malah juga membantu merangsang rasa gembira.

Memperkenalkan SimplySiti Dermagic Beauty Moisturiser : Youthful, Fairness & Stress-Free Skin, KRIM MAGIS PERTAMA YANG BERKUASA UNTUK MEMBANGKITKAN MOOD GEMBIRA* BAGI MENYERLAHKAN DIRI ANDA LEBIH AWET MUDA, CERAH DAN CERIA.

Teknologi terbaru dari SimplySiti yang diformulasi dengan Plant Endorphin yang berkuasa membangkitkan mood gembira dan memberi seri kepada kulit agar wajah menjadi lebih cantik dari dalam dan luar.

SimplySiti Dermagic Beauty Moisturiser

Dengan kombinasi Korean Plant Stem Cell dan Advanced Hydra-Collagen, krim awet muda dan pencerahan ini juga membantu melambatkan penuaan kulit dan menyerlahkan wajah lebih cerah tanpa cela. Sememangnya kecantikan asli tanpa stres.

Rahsia formulasi Dermagic :

formula dermagic

Bukan sahaja memberi manfaat untuk membangkitkan mood gembira, kesemua faedah ini boleh didapatai di dalam satu krim :
- Melembap
- Kulit tanpa stres
- Mencerah
- Tona kulit lebih sekata
- Mengecilkan saiz pori
- Menenangkan
- Mengurangkan kedutan dan garisan halus
- Menegangkan kulit wajah
- Membentuk wajah (V Shape)
- Mengurangkan cela kulit
- Menambah seri
- Menyegarkan kulit
- Mengurangkan bintik hitam
- Kulit lebih lembut dan licin

100% wanita menyedari perubahan drastik wajah mereka hanya dalam 7 hari!

1) WAJAH LEBIH AWET MUDA
- Garis halus dan kedutan berkurangan
testimoni garis halus

- Wajah lebih terbentuk (V-shape)
testimoni v shape

2) WAJAH LEBIH CERAH
- Bintik-bintik hitam berkurangan
testimoni bintik hitam

- Tona wajah lebih sekata
testimoni tona wajah

3) WAJAH CANTIK KURANG STRES
- Rangsangan mood tatkala perubahan kulit yang ketara

*Berdasarkan kajian di atas 50 wanita dalam seminggu.

Hanya dalam masa 7 hari, kulit anda akan kelihatan lebih putih, berseri, elastik serta kurang kedutan. Sekarang anda boleh kelihatan lebih muda, segar, cerah dan rasa lebih gembira! Dermagic juga telah diuji oleh ahli dermatologi dan juga disahkan Halal oleh Jakim.

Tahukah Anda?
Setiap manusia mempunyai Endorfin di dalam badan iaitu sejenis hormon yang berfungsi untuk memberi perasan gembira pada setiap manusia. Selain dari memberikan mood gembira, endorfin juga berfungsi sebagai melegakan kesakitan seperti sakit sendi atau lesu.

Plant endorphin diekstrak daripada Beri kering yang dipetik dari pokok Chaste Tree yang merupakan sejenis tumbuh-tumbuhan dari Mediteranian dan Asia yang digunakan sebagai ubat tradisional.
Dermagic yang diformulasi dengan Plant Endorphin boleh membantu merangsang penghasilan Endorfin semulajadi di dalam kulit yang boleh membangkitkan mood gembira yang hampir sama hasilnya selepas melakukan aktiviti senaman atau hubungan intim.

Regim Penjagaan Kulit bersama SimplySiti

regim penjagaan kulit

SimplySiti juga mengadakan peraduan bercuti bertema Stress-Free Getaway! Menangi Dua Tiket ke Sydney dengan hanya membeli product SimplySiti Dermagic bernilai RM 69.90 dan tuliskan cerita anda.

Sertai cabaran 14 hari Dermagic dan tulis serta hantarkan cerita anda “Bagaimana hidup saya lebih bahagia dengan Dermagic…”(tidak melebihi 80 patah perkataan)

Dapatkan borang penyertaan seperti dibawah ini di lokasi anda membeli SimplySiti Dermagic (Watson’s/SOGO/or download)

peraduan DERMAGIC

Like Facebook SimplySiti
Follow twitter @SimplySitiSB
Cekidout website http://simplysiti.com.my

Good Luck everyone.

xoxo! Jumpa anda di Sydney!

Playing with L’oréal Paris skin care because I’m worth it!

Hello all,

Recently im busy goyang kaki di rumah. Hehehe. No lah. Busy working plus get ready untuk continue study. New intakes start on 31 Jan 2012. :)

Okay, today i wanna share my new skin care product! Sure you guys terkejut what i have now. Wehhoo!

Setiap wanita mesti wajib jaga penampilan diri. Selain hati yang baik, sure lah penjagaan kulit muka juga penting.

Perkara wajib anda lakukan adalah dengan 5 langkah :
1. Cleanse
2. Toner
3. Pre-essence
4. Essence
5. Moisturizer

L’oréal Paris

I have L’oréal Paris Perfect Clean Foaming Gel Wash – Blue colour for Normal and Combination skin sebagai Facial Wash. Pre-Essence haruslah menggunakan L’oréal Paris Youth Code yang fehmes tu! Manakala untuk Essence saya gunakan L’oréal Paris Revitalift Double Lifting.

Jom cekidout!. :)

L’oréal Paris Perfect Clean
L’oréal Paris Perfect Clean yang berharga RM 35.90

L’oréal Paris Perfect Clean

L’oréal Paris Perfect Clean
Tekstur sponge L’oréal Paris Perfect Clean. Unikkan?

L’oréal Paris Perfect Clean
Basahkan sponge, picit skit L’oréal Paris Perfect Clean dan GOSOK ke muka! :p

L’oréal Paris Perfect Clean

Selepas cuci muka, keringkan muka anda dengan menggunakan towel kering. Lap pelan2 ye. Jangan sental muka tu pula.

Toner
Gunakan toner. tekap-tekap sahaja kapas di wajah anda yg gebuz!

Selepas tu…
L’oréal Paris Youth Code
Masa untuk mengaplikasikan Pre-Essence L’oréal Paris Youth Code yang GOJEZ tu. Berharga RM 105.90

L’oréal Paris Youth Code
Titiskan dua titik L’oréal Paris Youth Code dan apply ke wajah anda.

Next.. Jom apply Essence
L’oréal Paris Revitalift
Saya menggunakan L’oréal Paris Revitalift sebagai Essence. :)

L’oréal Paris Revitalift
Picit L’oréal Paris Revitalift sebesar duit rm 0.10! dan urut ke wajah anda yg gebuz tu.. Last sekali sapu moisturizer ye. Lembab kan kulit you alls yang GEBUZ!

L’oréal Paris - Rabiatul Adawiyah

Semoga wajah saya boleh dicubit2 seperti L’oréal Paris Youth Code commercial ads dibawah ni. Hihi

Okay, selamat mencuba.. Thanks L’oréal Paris!! :)

xoxo!

Tips Makeup bagi wajah berbentuk Oval dari Akademi RedGlow

Baru-baru ini saya berpeluang untuk mengikuti bengkel bersama RedGlow di Shah Alam. Terima Kasih diatas jemputan akak Annur Najwa iaitu pengasas RedGlow itu sendiri. Tidak lupa juga terima kasih kepada redmummy.com kerana memberi blog saya kepada pengasas RedGlow. I love you kak red!

Sebagai seorang perempuan, saya memang menggilai make up. Sampaikan rasa macam nak tahu muka ni sesuai make up style macam mana dan adakah ia kelihatan cantik? Hehehe. :)

First sekali, anda perlu tahu bentuk muka anda. Adakah ia berbentuk Oblong, Bulat, Bersegi Panjang, Segi empat sama, Segi tiga atau Berbentuk hati. Saya memiliki wajah berbentuk oval.

Oval Face Make Up Routine
Dalam make up, pertama sekali sapu foundation/naturactor/bb cream secara menyeluruh di muka..

Oval Face Make Up Routine
Kemudian, merias shading.. Garisan dot dot pink adalah shading pipi yang sesuai bagi muka berbentuk oval.

Oval Face Makeup Routine
Gambaran lebih jelas untuk membuat shading. Untuk shading dibahagian pipi saya perlu ambil dari hujung telinga dan ke bawah tulang pipi. Untuk hidung pula, garisan adalah seperti diatas. :)

Oval Face Makeup Routine
Hasilnya.. Nampak tak perbezaan warna diantara foundation dan foundation shading. Foundation shading gunakan warna yang gelap ye.

Oval Face Makeup Routine
Setelah selesai menyapu foundation dan shading, sapu loose powder menggunakan berus. Jom bergambar menggunakan flash. Kemas dan menyeluruh kan?

Oval Face Make Up Routine
Kemudian untuk sapuan pemerah pipi untuk muka berbentuk oval, ia lebih cantik seperti garisan diatas. Senyum dan sapu perlahan-lahan.

Oval Face Makeup Routine
Sapu eye shadow, maskara, lipstick.. siap.. Tada… Final result adalah seperti ini..

Bersama Pengasas RedGlow, Puan Annur Najwa
Bergambar bersama Pengasas RedGlow Puan Annur Najwa. Wajah saya seperti berbentuk bulat pula. Camera trick agaknya. T_T

Terima kasih semua yang hadir..

RedGlow akan mengadakan Bengkel Kuasa Wanita-Untuk wanita yg lebih berkeyakinan dan berketerampilan menarik pada Januari 2012.

Sertailah bengkel ini, supaya anda menerima ilmu dari seseorang yang berpengalaman dan beliau ingin berkongsi 100% tips bersama anda. :)

Bengkel Kuasa Wanita bersama Annur Najwa Azizan dan Hismazaitul Azmy pada Januari 2012 di Shah Alam. Sila book tempat anda. Yuran RM799 seorang. Selama dua hari bengkel ini, anda akan menerima door gift barangan make up dari M.A.C dan RedGlow sendiri, sijil penyertaan, tempat khursus yang selesa dan makanan minuman. Hubungi 0123588999

Mereka akan berkongsi ilmu personaliti,solekan dan rahsia cara berkeyakinan diri. Annur Najwa merupakan pengendali dan pengurus kursus dalaman di Akademi RedGlow dalam bidang kecantikan, solekan dan personaliti. Beliau telah melatih lebih 500 org profesional dari badan kerajaan dan badan bukan kerajaan serta persendirian.

Hismazaitul merupakan Pengasas merangkap CEO di Agensi Atrium miliknya. Beliau kini mengurus dana lebih RM28 juta milik klien bawah seliaanya. Beliau yang kini berpendapatan 5-6 angka sebulan menyelia lebih 100 orang perunding di bawah agensinya.

Bengkel Kuasa Wanita menyediakan info, strategi dan tips bagaimana menjadi wanita yg lebih yakin dan tampil menarik. Terbuka kepada semua wanita, agen jualan langsung, perunding saham amanah, agen insuran,lepasan ijazah/diploma dan semua yg ingin mencari sesuatu dalam diri.

L’oreal French Glam Night

Last week, Thursday 15 Dec 2011 i was invited to L’oreal Frenchh Glam Night bertempat di Uptown 2, Damansara. Event start about 7.30pm. Nak dijadikan cerita pada waktu pagi saya pergi #DGinsideJob yang finish dalam jam 4pm. Pastu driving ke Uptown Damansara, sambil tu tunggu rakan blogger yang ingin menumpang ke Uptown. Tunggu dia dalam satu jam di LRT Kelana Jaya. T_T

So kami sampai di L’oreal Malaysia Sdn Bhd pada jam 6.30pm. Hehehe. Sampai juga, dan parking dihadapan Uptown 2. Sonang den terus naik lift. Hehehe.

L'oreal french glam night

L'oreal french glam night

Sebelum acara bermula, ofkoz berkenalan, bersalaman ngan blogger-blogger lain. Paling best bila Connie invite “anda semua boleh makan sekarang”. Wow makan dulu? Apa lagi, gi kat buffet table dan ambil gambar makanan dulu. hahahaha! Lepas 10 min baru start ambil makanan. Hahaha.

L'oreal french glam night

L'oreal french glam night

L'oreal french glam night
Sayalah chef pada malam ini. :)

Okay dah habis bab makan, motif utama ke L’oreal kerana French Glam okeh.

L'oreal french glam night
Group photo dulu. Posing.. Posing.. Hehehehe.

L'oreal french glam night - Mr Ivan Franco
The first presenter – Mr Ivan Franco (Marketing Director of L’oreal Paris)

He explain more about L’oreal Paris, Kejaayan L’oreal dalam menjadikan setiap wanita “You worth it/Kerana dirimu begitu beharga”. Kini L’oreal Paris menjadi produk kegilaan ramai. Sewaktu Mr Ivan Franco menunjukkan video iklan L’oreal zaman dulu-dulu, rasa macam bangga pula sekarang. Sebab dulu mana ada artist Malaysia jadi duta. Duta L’oreal Paris artist Malaysia yang paling best adalah Maya Karin. :)

L'oreal french glam night - Stephanie Ooi
Stephanie Ooi explain more about our product. Before this kami semua beri maklum balas berkenaan jenis kulit dan warna kulit. hehehe.

L'oreal french glam night
Kami menerima sebakul set penjagaan kulit! Yabedabedu! Bestnyer! Thanks L’oreal! Dari Kiri Madammondoq, CikLilyPutih, Rabiatul & Nik

L'oreal french glam night
Pencuci muka terkini sensasi yang belum berada dipasaran! L’oreal Paris Perfect Clean. Disertakan dengan sponge seperti berus. Memang sesuai dengan kulit anda.! Lihat video dibawah.. :)

L'oreal french glam night
L’oreal Paris Youth Code Serum. Lihat video dibawah. :)

L'oreal French Glam Night
L’oreal Paris Revitalift Double Lifting

Loreal French Glam Night

Loreal French Glam Night
Shereen Au explains more about cosmetics from L’oreal Paris.

Loreal French Glam Night
L’oreal Paris Double Extension Curl

Loreal French Glam Night
L’oreal Paris Base Magique

Loreal French Glam Night
L’oreal Paris Foundation – True Match Roll’on.

Sesi untuk mekap-mekap. :)

L'oreal French Glam Night

Terima kasih kepada pihak L’oreal Paris Malaysia kerana sudi menjemput saya.

Untuk para pembaca, nantikan makeup dan skin care review dari saya ye. Soon! Gambar selebihnya di Rabiatul Adawiyah | Lifestyle Blogger FB Fan Page

xoxo,

  • About Me

    Berdarah Melayu campur Cina = 1 Malaysia. Kadang-kadang suka speaking London, Tapi sebenarnya tak terror pun. Hahaha. Mix rojak malay and english blog. Jika ingin invite saya ke event atau advertorial sila email saya di rabiatuladawiyah87@gmail.com :)
  • Counting since 28 Dec 11

WordPress SEO