Assalammualaikum semua♥
Saya memang suka update waktu malam-malam macam ni. Masa inilah idea mencurah-curah. Hehehe.
Saya nak share dengan you all mengenai produk kecantikan iaitu LOréal Paris True Match Rollon Foundation. Foundation unik yang didatangkan khas dengan roll on sponge sememangnya ini adalah kali pertama saya melihat dan kini memilikinya!
Jika anda masih tidak dapat membayangkan bagaimana cara menggunakan LOréal Paris True Match Rollon Foundation, sila tonton video dibawah dengan teliti! cewah macam cari bahan risikan je. hehehe. ♥
Sangat mudahkan penggunaan LOréal Paris True Match Rollon Foundation? Manja2 je sapuan di pipi. hehehe.
LOréal Paris True Match Rollon Foundation didatangkan dengan enam (6) shades. Beautician Loreal membantu saya untuk mencari warna yang sesuai, mereka mengatakan bahawa kulit saya seakan-akan Golden-Golden gitu. So dapatlah Golden Beige W3 tu. ♥
Jika anda perasan warnanya seakan gelap kan? Saya pada mulanya menolak warna gelap-gelap macam ni. Tapi bila dah pakai sesuai le pula. hehehe.
Lihat roll yang comel ni. Ringan dan mudah diaplikasikan.
Selesai belek-belek cover dan tonton video, sesi mencuba pula. hehehe. Roll on sahaja pelan-pelan dan sapu ke wajah anda yang gebu tu ya.

Sewaktu sedang roll on ke wajah. lihatlah dunia muka ku yang gebuz! Roll On kasi rata dan selesai semudah ABC!

Roll On disebelah kiri wajahku. Hehehe. Nikmatnya dunia apabila tidak perlu tenyeh-tenyeh muka.

Tadaaa.. dah siap. cantik tak?? ♥ ♥ ♥ ♥

LOréal Paris True Match Rollon Foundation recommended retail price is RM 76.90 at all L’Oréal Paris counters nationwide.
xoxo!






















































