Assalammualaikum semua.. oleh kerana hari ini banyak event wahyu, jadi waktu malam-malam macam ni baru boleh update blog.
Seawal subuh saya dah bersiap-siap untuk ke PWTC untuk Program Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selesai solat Subuh, iron baju, mekap-mekap lagi dan terus bergegas ke PWTC. Tumpang motor Saiful Naim memandangkan dia nak pergi office menggunakan jalan yang sama. Satu hala bak kata RapidKL. Hehehe.
Pada asalnya saya tidak tahu ada acara di PWTC, saya tahu ecara ini melalui facebook dan blog Ariff Shah. Sememangnya saya mengikuti apa-apa acara yang melibatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana beranggapan bahawa saya mungkin bernasib baik dapat bergambar bersama beliau. Sementara hayat saya masih ada. Saya teringin menyimpan koleksi gambar bersama idola saya iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Lebih kurang jam 8 pagi saya sampai di PWTC, berbaju kurung coklat. Ada ke si Bro Framestone kata saya ni macam mak datin. hehehe. Kalau dapat title Datin bagus juga. Alhamdulillah.
Berbalik kepada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad, selesai sarapan pagi saya diarahkan masuk ke Dewan Tun Dr Ismail secepat mungkin kerana ia sudah dibanjiri denagan lautan manusia. Sehinggakan dewan disebelah juga digunakan. Program dimulakan setibanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang diiringi oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) dan En. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (Presiden Majlis Belia Malaysia) masuk ke Dewan Tun Dr Ismail.
Kata-kata aluan dimulakan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang banyak memberi ingatan kepada sejarah dan susah payah sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad berkhidmat menjadi pemimpin negara.
Tersentuh hati saya mendengar tiap kata-kata beliau kerana kalau tiada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang tegas, sudah pasti rakyat Malaysia masih tidak maju. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengubah cara hidup kita semua supaya menepati masa dengan menyelaraskan waktu semenanjung dan sabah sarawak. Sistem punch card yang sangat efektif dan paling saya tersentuh apabila pucuk pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat ketara kerana pemikiran beliau yang sangat cendikiawan. Tun Dr. Mahathir Mohamad tangani banyak krisis dengan waras dan menggunakan fakta. Walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah doktor, didalam dirinya penuh dengan ilmu.
Seterunya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, masa untuk Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap.
Diantara point penting semasa Tun Dr Mahathir Mohamad berucap:
- Pucuk kepimpinan perlu melihat siapa yang berada di belakang untuk membantu kita sebagai pemimpin, bukan hanya mempergunakan dan hanya ingin mendapat tahta serta nama gah.
- Negara yang mempunyai pemimpin yang ganas tetapi berjaya membangunkan bangsa dan kini menjadi negara besar ialah Rusia dengan kepimpinan Peter the Great yang kejam sehingga memotong kepala rakyat.
- Dasar pandang ke timur diangkat setelah kebanyakan bangsa mengambil contoh negara barat bagi menjadikan guideline fashion dan cara hidup.
- Contohi kepimpinan yang bagus akan membawa negara atau mana-mana persatuan kearah kebaikan.
- Perbezaan kepimpinan dulu dan sekarang adalah pengikut boleh berfikir dengan lebih baik, bahkan pengikut juga menjadi tulang belakang pemimpin pada masa kini. Didalam sektor kerajaan, pengikut menjadi orang penting dalam sektor ekonomi, pemikir dan sebagainya.
- Pemimpin perlu tahu semua perkara dari segi permasalahan yang dihadapi oleh pengikut.
- Didapati ada pemimpin yang selesa di tempat mereka dan tidak mahu orang lain mengambil alih yang pada dasarnya tidak memberi impak kepada pengikut-pengikutnya lagi. Pemimpin perlu berfikir sama ada relevan atau tidak untuk beliau masih kekal ditahap itu atau meletak jawatan bagi memberi kepimpinan baru mencuba.
- Kesan-kesan selepas perletakan jawatan kita tidak tahu, sama ada ia membawa kepimpinan baru yang positif atau negatif.
- Semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon untuk Kota Setar Selatan pada tahun 1994 beliau telah diberi nasihat oleh seseorang yang beliau perlu bawa bag ke rumah orang sakit dan buat rawatan percuma, akan tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menerima nasihat tersebut kerana tun mencari rezeki dengan menjadi doktor, bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad ingin menjadi rezeki dengan hanya memberi ubat secara percuma untuk meraih undi? Kerana sifat Tun tidak mahu populariti dan sanjungan tetapi inginkan pemikiran yang positif diangkat sebagai pemimpin.
- Ada pemimpin menang undi kerana popular, setiap permintan dipenuhi walaupun duit keluar dari poketnya. Jika tiada wang, guna wang orang lain juga dan yang hanya dia tahu adalah popular.
- Ingin menjadi pemimpin dalam sebuah negara tidak memadai hanya membuat lawatan orang sakit, meninggal, majlis kahwin. Pemimpin perlu menunjukkan dasar pendapat yang ada padanya, zaman kini pengikut banyak melihat pendapat dan idea.
- Kita mahu orang yang memunyai akal fikiran yang senantiasa memikir kepentingan pengikut-pengikutnya dan negara.
- Jika pemimpin berjaya membendung nafsu dan memikir perubahan-perubahan yang harus dilakukan untuk menjadikan negara menjadi maju. Cita-cita, semangat, ketekunan, ilmu dan kebolehan membezakan baik dan buruk, emosi yang stabil, tanpa dikuasi perasaan marah, membuat keputusan bijak adalah kepimpinan yang bagus, kerana pemimpin di zaman ini tidak boleh menjadi pemimpin yang hanya boleh berlawan sahaja, ilmu pengetahuan perlu mencukupi. Luar dari jurusan yang mereka ambil, bukan hanya satu bidang yang perlu dikuasai, supaya pemimpin dapat membuat keputusan terbaik dalam sesuatu keadaan.
- Bertanggungjawab kepada pengikut, masyarakat dan mereka dapat menjayakan wawasan 2020 kita.
Setelah padat Tun Dr Mahathir Mohamad berucap, tibalah sesi soal jawab bersama peserta. Memandangkan soalan terlalu banyak, saya mengambil soalan yang menjadi tanda tanya kepada saya selama hari ini dan terima kasih kepada wakil-wakil yang bertanya soalan ya.
3 jenis kepimpinan dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, “Bukan mencari Populariti”, “Ilmu pengetahuan yang tinggi” dan “Mementingkan Pengikut dan masyarakat”. Apakah pandangan Tun kepada kepimpinan sekarang? Kerana kebanyakan dari kepimpinan zaman ini, lebih mementingkan popularti.
Bergantung kepada kebolehan sebagai pemimpin, tidak bergantung kepada populartiti sahaja. Lebih dari itu kita perlu lakukan, perlu meningkatkan ilmu pengetahuan
Wawasan 2020, adakah belia dapat mencapai matlamat.?
Matlamat boleh dicapai dengan perancangan yang betul dengan bantuan kerajaan dan pemimpin. Kita boleh capai dengan ilmu pengetahuan yang meluas. Matlamat kita tidak tercapai kerana turunnya mata wang asing. tiada eksport. Pilihan kedua adalah meningkatkan produktiviti rakyat dan wawasan 2020 akan dicapai dengan usaha dalaman sendiri.
Belia menghadapi masalah besar, tidak kisah hal ehwal semasa. Apa pendapat Tun?
Diwaktu zaman tertekan dahulu, kita perlu merapatkan diri kita untuk mengukuhkan keadaan. Sekarang di zaman mewah, kita tiada masalah untuk mendapat biasiswa dan peluang kerja. Saya melawat universiti tiada pelajar lelaki, ramai yang memberitahu bahawa mereka mengambil lain bidang, apabila melawat universiti lain juga sama tiada pelajar lelaki. 60% – 70& adalah hanya pelajar perempuan. Bila ditanya kemana pelajar lelaki, jawapan yang saya terima adalah mereka telah menjadi mat rempit. Kita dapat melihat bahawa sekarang banyak jenayah dan keruntuhan insitusi kekeluargaan. Ibu bapa sibuk kerja sehingga menggabaikan anak-anak. Sejak kecil mereka tidak diberi pendekatan ilmu mengenai dadah, jenayah, rogol dan pelbagai jenayah kesan penggunaan dadah. Nilai-nilai murni tidak didik sejak kecil. Tun bertanya kepada audience ada sesiapa ambil dadah disini? mungkin dua tiga orang. Tetapi majoriti disini tidak mengambil dadah kerana self dicipline yang bagus. Kita dari kecil sudah tahu dadah tidak elok untuk kehidupan kita. Ini kerana kita telah didik supaya tidak mengambil dadah serta melakukan perkara yang baik dan lebih berfaedah kerana belia adalah pelapis kepimpinan aakan datang.
Pada PRU sebelum ini saya perhatikan bahawa pakatan rakyat memberi peluang kepada pemimpin muda untuk bertanding dan memenangi kawasan yang dipertandingkan.. pada masa yang sama mereka berpengaruh didalam parti dab kepimpinan mereka, nampak berbesa dengan parti brisan nasional. bagi tun bila masanya untuk kita bawa pemikiran generasi muda kehadapan sebagai pemimpin dan menjadi peneraju kepimpinan negara bg menerima cabaran 2020
Kepimpinan belia perlu diberi peluang. Apabila kepimpinan belia sudah menjadi mantan mereka tidak melepaskan jawatan. Tidak memberi peluang kepada orang lain. Asas itu tidak ada lagi maka kita kena melepaskan jawatan tersebut. Itulah permasalahan yang dihadapi kerana tidak memberi peluang.
<
Selepas sesi soal jawab yang panjang lebar, Tun Dr Mahathir Mohamad dijemput ke Dewan Anggerik untuk sesi bersama media. Banyak juga soalan yang diajukan oleh media yang kebanyakannya di kalangan Cina. Mereka memberi isu tentang kenapa menaikkan melayu dan macam-macam lagi. Saya rasa bangga sangat kerana Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab dengan penuh fakta dan menggunakan akal waras walaupun soalan itu telah berbelas tahun sudah keluar. Tertarik dengan jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad, “kenapa perlu menjadikan isu terhadap segelintir melayu yang menjadi jutawan sedangkan ramai yang bukan melayu telah menjadi jutawan diantaranya Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Dato Seri (Dr.) Lim Goh Tong dan ramai lagi?”.

Ini adalah gambar Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling dekat saya ambil. Waktu inilah kamera blur. Rasa nak nangis je bila moment begini tidak dapat diambil dengan lebih jelas.
Tamatnya sesi media bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun sempat menandatangani beberapa buku yang dibeli oleh medai dan perserta. Semoga Tun dipanjangkan umur dan beroleh kesihatan yang bagus. Saya berdoa agar dapat bergambar bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah. Amin.
Terima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan kerana menyediakan goodies bag! Yang paling saya suka adalah sijil! Dah umur 24 tahun ni sijil penyertaan susah nak dapat. hehe.
Wassalam.








