Semalam 24 Feb 2012 adalah hari yang paling padat jadual. Saya compile dengan event, personal dan event wahyu. hehehe.
Sebenarnya saya berkesempatan interview dan bergambar bersama Siti Sarah Raisuddin, Shuib Sepah dan Anak lelaki mereka Uwais Al Qarni kerana terserempak dengan Mr Lal yang sedang menikmati hidangan Mc Donald di The Mall. Tegur-tegur buat dono, lepas tu dia pula terkejut melihat saya. Bertanyakan apa aktiviti dia sehinggakan makan sorang dan berada di sekitar PWTC? Jaga booth ke? hehehe.
Hilal beritahu ada photoshoot eksklusif bersama Siti Sarah Raisuddin, Shuib Sepah & Uwais Al Qarni di Hotel Seri Pacific. Memang teramatlah dekat lokasi dengan The Mall kan. Level 30 adalah lokasi bilik interview.
Kali pertama dapat berjumpa Siti Sarah Raisuddin, memang orangnya bersahaja dan suka ketawa. Bila melihat muka Shuib pula saya dah nak gelak sebab gaya pelawak tu ada dimana-mana. Hehehe. Sangat menghormati orang sehinggakan memanggil saya kakak? Akak ke dek non? hehehe.
Interview dan shooting dijalankan pada awal pagi, akan tetapi perkabaran ini saya dapat tahu pada jam 5pm, Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepah masih melayan pihak media sehingga ke titisan terakhir! Akan tetapi Uwais Al Qarni sudah tidur, penat baby tu buat photoshoot.
Jom layan beberapa keping gambar mereka. Ternyata sifat keibuan dan kebapaan itu teserlah dan semoga bahagia saya ucapkan kepada Siti Sarah Raisuddin, Shuib Sepah & Uwais Al Qarni.
Dengarkan duet menerusi single, Cinta Itu Nyawa dari Shuib dan Siti Sarah. Lagu tersebut digubah oleh komposer Aidit Alfian dan liriknya ditulis oleh A Samad ini berkaitan dengan kisah percintaan mereka. Best sangat!

Sempat juga bergambar bersama. Hehehe.
xoxo!







2 Comments
alololo….lebat nya rambut baby! so cute! happy couple indeed! eh, pix awak mana?? hehehe…
pix saya?? hehehe… yang last sekali tu je. :p
One Trackback
http://t.co/Hhl84MOW http://t.co/54CcUIqW