
Mike, Glenn, Dato David Arumugam, Jimmy, Din (Guitarist), Boy (Drummer)
Buat julungkalinya, kumpulan lagenda Alleycats bakal mempersembahkan sebuah konsert Istimewa Buat Singapura yang berlangsung pada 14 April 2012 bertempat di Dewan Konsert, Esplanade, Singapura.
Sempena meraikan ulangtahun ke 43 penglibatan mereka dalam dunia seni tanah air dan sebagai satu-satunya kumpulan musik bukan Melayu yang masih bertahan sehingga hari ini dan telah menghasilkan 27 album sepanjang karier mereka, pastinya peminat negara seberang tambak itu ternanti-nantikan persembahan ini.
Walaupun tahun ini juga tahun keempat Alleycats tanpa vokalis keduanya, Loga, semangat kumpulan ini terus membara apatah lagi mereka baru saja tampil dalam Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang berlangsung pada 16 hingga 18 September 2011 lalu di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.
Kumpulan Alleycats yang dianggotai oleh enam orang termasuk Dato David Arumugam sebagai penyanyi utama akan mempersembahkan himpunan lagu malar segar mereka melalui segmen yang dirancang pihak panganjur, Raistar Entertainment. Diantara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk Jika Kau Bercinta Lagi, Hingga Akhir Nanti, Nota Terakhir, Sekumtum Mawar Merah Sebuah Puisi dan banyak lagi.
Q&A Session.
Perasaan Dato David dengan panggilan membuat konsert di Singapore?
Sebelum ini, Alleycats pernah membuat persembahan di Singapore tetapi di kelab malam dan sekarang sudah pun ditutup. Saya berasa sangat seronok dan bangga kerana mengadakan konsert di Esplanade. Isnya dewan seperti Istana Budaya tetapi lebih dikenali dan Pihak Esplanade hanya memilih artis yang boleh membawa nama Esplanade itu sendiri.
Bagaimana dengan pemilihan lagu?
Pihak Esplanade, Dato David Arumugam dan lagu pilihan peminat juga memainkan peranan. Kerana audience yang memilih lagu fav Alleycats. Lagu baru berduet dengan Caprice, Indian Rappers – Cinta Sepi dan banyak lagi.
Bagaimana pihak Raistar memilih artist untuk membuat konsert di Esplanade.?
Pemilihan dari organiser dan sponsor.
Kapasiti Dewan Esplanade?
Boleh memuatkan seramai 1,600 penonton.
Pembelian tiket konsert oleh rakyat Malaysia?
melalu www.sistix.com.sg. Tiket mula di jual 16 December 2011.
Ada contest bersama radio station untuk memenangi tiket.
Sasaran pihak penganjur?
4 generasi sentiasa meminati Alleycats kerana ia kegemaran semua.
Adakah semasa konsert tersebut akan ada penampilan anak mendiang Loga?
Dalam perbincangan.
Berapa lama konsert akan berlangsung?
melebihi 20 lagu, berlangsung selama 2 jam dari 8-10mlm.
Plan untuk menjual album terbaru Alleycats?
Ada, tetapi mungkin didalam koleksi emas.
Adakah ini konsert terbesar penganjuran dari Raistar Entertaiment?
Kami telah banyak melaksanakan pelbagai konsert dan kami penganjur utama bagi artis melayu di Singapore.
Media dari Malaysia akan dibawa ke Singapura?
Kami akan memilih diatas bantuan pihak Universal Music Malaysia.
Di facebook ada survey dibuat untuk pemilihan lagu-lagu yang bakal dinyanyikan oleh Alleycats. Sila undi. Lawati facebook Raistar Entertainment http://www.facebook.com/iamselebriti
Photo Opportunity!!

Bersama En Fahmi Rais dari Raistar Entertainment
Untuk gambar selanjutnya sila lawati Fan Page Rabiatul Adawiyah | LifeStyle Blogger




One Comment
Hi, visit our blogshop at thekay-es.blogspot.com for stunning shawls and scarves
2 Trackbacks
[...] boleh membaca FAQ mengenai konsert ini. Comments comments Ikuti Kami Di facebook [...]
khas buat singapura http://t.co/ibYYgGcV